BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 11, 2009

Selamat Berhujung Minggu Wahai Sahabat

Assalamualaikum...

Buat pertama kalinya penulis, saya membahasakan diri saya sebagai 'along'; mencoretkan sesuatu dari benak fikiran ini. Selepas menempuh seminggu pertama sesi ke 5 bagi tahun ke-3 di UiTM ini, sedar atau tidak, sudah lama along merantau dari kampung halaman, berjauhan dari keluarga tercinta, abah, ummi, jah, achik, rahimi, aisyah dan adik bongsu along yang manja, aina.

Esok hari Ahad. Entah apa perancangan along untuk hari esok. Hari ini telah pun dipenuhi dengan kelas HPY500 (Health Promotion & Education) dan NRS500 (Paediatric Nursing). Cukup memenatkan otak yang semakin tua ini. Dah 21, tua la tu, dah boleh mengundi ni. Hehehe... So, habis kelas, along bercadang nak main bola, tapi malangnya x orang. ramai yang balik. Kebetulan ada member2 ajak jogging. so, apa lagi, bantai je la...

Pengalaman along berjogging dari Kolej Angsana 3 ke kolam basah yang terdekat dengan fakulti memang best. Jogging dalam 2km ++ pun dah penat, Along bukan lagi atlet macam zaman muda2 dulu. Stamina dah kurang. Tapi boleh lagi kalau nak terus sampai 5-6km. Hehehe...

Sampai kat kolam basah, along tengok budak2 ni aerobik jap. Xde kje ape, buat malu je.haha.. Then along and the geng panjat bukit kat situ, melalui celah2 longkang kat situ. Penat juga ooo... Teringat pulak along pengalaman mendaki gunung nuang ketika semester 2 dulu. Memang best. Cukup berbaloi dan berharga pengalaman tu.

Lepas penat menjelajah bukit sekitar Angsana, along pergi ke dataran. Hahaha..Part ni yang best ni. Seumur hidup along, x pernah main netbal..Tapi, member2 ajak, join je la.. baru taw, penat juga main netball, penat jerit. Hahaha.. along berjaya juga skor 1 gol..Bukan senang tu.. Michael Jordan pon xpernah main netball. Gamenya macam basketball, tapi xleh bump, xleh masuk certain2 kawasan n bila da dpt bola, kaki xleh melangkah. Law x silap, time dapat bola, kena pass dalam masa 5 saat. (btol x ni?). Law x, foul. Kan2? Sesiapa yang taw rules nak main netball, tolong bagi komen. Hehehehe....

Lepas dinner, along p usha2 kat datarn. Ada pemilihan tuk SAF bagi FSK.. Netball n futsal pompuan jer.. Kebetulan ada member lama time matrik dulu, (Farmacist), ajak main futsal, apa lagi, naik tukar baju la... Main futsal 4 game. menang 3, kalah 1. Penat wooo...
Seluar along pun dah koyak ni.. Dah la seluar trek yang ada sentimental value( dapat time KAKOM, wakil Kolej MARA Kulim), sedih betol. Tapi xpe la, dah takdir.

Dah abis main, naik atas, update blog ni...Along x mandi lagi ni. Bau pun dah semacam ni. Law rendam dalam Sungai Amazon, ikan piranna pun mati ni. hehehe..So, Sini saje la coretan along hari ini.. Sebenarnya x idea sangat nak tulis ni, tapi, cuba berjinak2 dulu ngan dunia blogger ni..

InsyaAllah, kalau along ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi, along akan coretkan di halaman blog ni. Nak tulis diari, xmuat. Ok la, selamat malam semua. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat dan hidayah dari Allah selalu. Amin...

Jumpa lagi, assalamualaikum...

2 comments:

Green_NH said...

salam......
cian ikan pirrana 2....

Syafiq Ghazak said...

Hahaha..xpe, buleh wak gulai pahni
mg nk brape kilo?