BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 13, 2009

Uji Kemahiran Bersosial Anda!

(Dipetik daripada buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Bersosial - Tatacara Diri Dan Etiket Sosial)

Oleh: Amin Hazyq

Klinik Kerjaya Perintis

Adakah anda yakin bahawa cara anda bersosial dan perlakuan anda dengan

orang lain sudah cukup baik?

Untuk menguji kemahiran bersosial anda, anda boleh

mencuba ujian ringkas di bawah dan nilai sendiri

kemahiran anda. Selamat mencuba!


UJIAN KEMAHIRAN BERSOSIAL

Bos anda, Encik Ismail, memasuki bilik mesyuarat semasa anda sedang bemesyuarat dengan pelanggan utama syarikat anda, Encik Philip. Anda bangun dan berkata "Encik Ismail, kenalkan pelanggan utama kita dari Singapura, Encik Philip." Adakah cara pengenalan ini betul?

Semasa menghadiri satu majlis formal, anda telah menemui seorang Ketua Pegawai Eksekutif dari sebuah syarikat ternama. Setelah berbual pendek, anda telah memberikan kad nama anda kepada beliau. Adakah ini betul?

Anda menjawab telefon bagi pihak kawan anda dan bertanya, "Siapa yang bercakap di sana?" Adakah ini betul?

Anda menaiki sebuah teksi dengan pelanggan anda. Anda me-nyuruhnya masuk dahulu dan duduk di sebelah kiri dan anda menaiki dari sebelah kanan. Adakah ini tindakan yang betul?

Anda menjadi hos bagi satu makan malam yang diadakan di sebuah restoran. Anda telah memesan makanan bagi semua tetamu anda sebelum mereka tiba dan menetapkan tempat duduk masing-masing. Adakah tindakan anda betul?

Anda diraikan dalam satu majlis dan semua tetamu mengangkat gelas masing-masing dan mengucapkan selamat kepada anda (toast). Anda mengucapkan terima kasih dan meneguk minuman anda. Adakah ini betul?

Anda berada di sebuah restoran dan anda dihidangkan dengan sejenis sup cair di dalam mangkuk yang tiada pemegang. Untuk mema-kannya, anda

(A) mengangkat mangkuk tersebut dan meminumnya.

(B) menggunakan sudu yang disediakan.

(C) memakan separuh dari sup tersebut dengan sudu dan menghirup yang selebihnya.

Anda menghadiri satu majlis makan malam dan arak dihidangkan bersama dengan pencuci mulut. Anda tidak meminum arak tetapi anda tahu bahawa hos anda akan mengumumkan satu toast. Adakah anda

(A) memberitahu pelayan bahawa anda tidak mahu arak?

(B) menterbalikkan gelas anda?

(C) menyuruh pelayan menuang air biasa ke dalam gelas anda?

(D) tidak berkata apa-apa dan membiarkan arak itu dituang di dalam gelas anda?

Anda sedang menjamu selera dengan pelanggan anda di sebuah restoran apabila nama anda dipanggil untuk menjawab satu panggilan telefon. Apakah yang perlu anda buat dengan kain napkin itu?

(A) Bawa bersama anda

(B) Lipat dan letak di sebelah kiri pinggan anda

(C) Meletakkan dengan elok di sebelah kanan pinggan anda

(D) Meletakkan di atas kerusi anda

Anda dan pasangan anda telah menjadi hos bagi satu makan malam yang dihadiri oleh dua pasangan lain dan juga pelanggan penting syarikat anda. Anda mengarahkan pelayan untuk

(A) melayan pasangan anda dahulu.

(B) melayan pasangan pelanggan anda dahulu.

(C) melayan anda dan pasangan anda paling akhir.

Anda dijemput untuk menghadiri satu kenduri kahwin. Dalam kad jemputan, dinyatakan majlis bermula jam 7.00 hingga 9.00 malam. Anda harus tiba

(A) tepat pada pukul 7.00 malam.

(B) bila-bila masa antara pukul 7.00 hingga 9.00 malam.

(C) antara pukul 7.00 hingga 7.30 malam.

(D) pergi awal dan pulang awal.

Bilakah masa yang sesuai untuk bersalaman atau

berjabat tangan dengan seseorang?

(A) Apabila anda dikenalkan kepada seseorang

(B) Di rumah mereka

(C) Di pejabat mereka

(D) Di jalanan

(E) Apabila mengucapkan selamat tinggal

Anda sedang berbual dengan empat lagi rakan yang lain.

Siapakah yang harus anda pandang?

(A) Hanya pandang orang yang anda sedang bercakap

(B) Memandang setiap seorang yang ada secara bergilir-gilir

(C) Tidak memandang sesiapa pun secara tepat

Pelayan yang ditugaskan untuk menuang arak bergerak

ke arah anda. Anda tidak minum arak. Anda menterbalikkan

gelas anda. Adakah tindakan anda betul?

Semasa anda menyambut tetamu di pejabat anda, anda

(A) tidak berkata apa-apa dan membiarkan dia duduk di mana-mana sahaja yang diingininya.

(B) memberitahunya tempat yang harus beliau duduk.

(C) berkata, "Duduklah di mana-mana.".

Anda dijemput menghadiri jamuan makan malam di rumah rakan anda. Bilakah masa yang sesuai bagi anda mengambil napkin dan meletakkannya di atas riba anda?

(A) Membukanya dengan segera sebaik sahaja anda duduk

(B) Menunggu sehingga hos mengambil dan membuka napkinnya sebelum anda berbuat demikian

(C) Menunggu orang yang paling tua di meja tersebut memulakannya

(D) Menunggu isyarat untuk mula daripada orang yang duduk di kepala meja

Anda dijadualkan untuk berjumpa dengan seorang rakan perniagaan semasa makan tengah hari dan anda tiba beberapa minit awal untuk menempah meja. 30 minit kemudian, kelibat rakan perniagaan anda masih tidak kelihatan. Adakah anda

(A) memesan makanan anda dan makan?

(B) terus menunggu dengan rasa marah?

(C) memberitahu ketua pelayan di restoran terbabit dan meninggalkan kad nama anda sebagai bukti bahawa

anda telah datang ke restoran itu?

(D) menelefon rakan perniagaan anda selepas 15 minit?

Anda terlupa satu janji temu untuk makan tengah hari dengan seorang rakan perniagaan anda. Anda berasa sangat menyesal dan tahu bahawa rakan anda sangat marah. Adakah anda

(A) menulis surat meminta maaf?

(B) menghantar bunga?

(C) mendiamkan diri dan berharap agar dia melupakan kejadian tersebut?

(D) menelefon dan menetapkan janji temu lain?








Jawapan Ujian Kemahiran Bersosial



1. Tidak. Perkenalkan orang yang paling penting dahulu. Anda sepatutnya berkata, "Encik Philip, kenalkan, Encik

Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ini."

2. Tidak

3. Tidak

4. Ya. Hal ini memudahkan pelanggan anda untuk keluar dari kereta semasa sampai di destinasi yang ditujui dan dia

tidak perlu bimbang tentang trafik di sebelah kanan atau terpaksa menginjak untuk keluar melalui

pintu kiri.

5. Ya.

6. Tidak, jika anda buat, anda seakan-akan meraikan diri anda sendiri

7. B. Hal ini kerana sup bukan secawan kopi untuk dihirup.

8. C. Cakap dengan perlahan kerana lebih baik untuk tidak menarik perhatian orang kepada diri anda.

9. D. Tinggalkan di atas kerusi. Jangan sekali-kali meletakkan di atas meja kerana napkin anda mungkin kotor.

10. B dan C.

11. A, B atau C. Dianggap kurang sopan sekiranya anda sampai terlalu awal.

12. Semua di atas.

13. B. Pandang semua orang dalam kumpulan tersebut.

14. Tidak. Hal ini kerana anda tidak mahu menarik perhatian orang ke arah anda.

15. B. Menunjukkan tempat tetamu anda patut duduk akan membuatnya lebih selesa.

16. B, C atau D. Jangan sekali-kali memulakannya dahulu melainkan anda salah satu daripada golongan yang tersebut.

17. A. Anda telah menunggu 30 minit. Mohon maaf kepada rakan anda kemudian.

18. D. Telefon dan tetapkan tarikh yang baru. Mohon maaf terhadap kesilapan anda.



0 comments: